________________________________________________________________________________________

         
Back Custom Album Sticky Album Terma & Syarat Pertanyaan / Tempahan

________________________________________________________________________________________

 
 

TERMA & SYARAT

ALBUM & PAKEJ

- Terdapat 2 Jenis Album:
  1.  Custom Album
  2.  Sticky Album 

- Harga pakej adalah tetap.
- Harga tidak termasuk caj luar kawasan Kuala Lumpur.

 

CAJ LUAR KAWASAN (JARAK 2 MARHALAH/89KM)

- Caj luar kawasan mengambil kira kos-kos berikut: Petrol, Tol semasa & Penginapan.
- Caj boleh dirunding & mengikut persetujuan berdasarkan kadar semasa.
- fadzphoto berhak mengenakan caj tambahan sekiranya pengiraan awal caj luar kawasan kurang daripada kos sebenar.

 

TEMPAHAN

- Tempahan boleh dibuat 1 hingga 5 bulan sebelum majlis dan tertakluk kepada kekosongan.
- Tempahan rasmi dikira selepas bayaran deposit diterima.
- Deposit tidak dikembalikan bagi pembatalan tempahan.
- Tarikh yang ditempah tidak boleh ditukar selepas tempahan rasmi dibuat.

 

DEPOSIT & BAYARAN

- Bayaran boleh dibuat menerusi perbankan 'online' atau dengan menggunakan mesin ATM.
  (AFFINBANK Akaun: 200020624062 - MOHD FADZIL BIN MOHD NORDIN)
  (MayBank Akaun: 114020697149 - MAZLINA BINTI MAON)
- Pembayaran hendaklah dibuat dalam 2 peringkat:
  1.  Tempahan Rasmi/Deposit - RM300.00.
  2.  Selepas Tamat Majlis - Bayaran penuh keseluruhan baki.
- Deposit perlu berserta dengan bukti transaksi yang diemail kepada: enquiry@fadzphoto.com
- fadzphoto berhak menolak tempahan atas kelewatan deposit.
 
JURUFOTO
- fadzphoto berhak mewakilkan mana-mana Jurufoto yang difikirkan sesuai untuk bertugas. 
- Pertukaran Jurufoto akan dimaklumkan sekiranya berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan seperti kematian/kemalangan/masalah kesihatan/kecemasan/kerosakan peralatan.
- Bagi penambahan setiap Jurufoto bertugas akan dikenakan bayaran tambahan RM400.00.
 

FOTO & HAKCIPTA

- fadzphoto berhak menggunakan foto pelanggan utk tujuan pengiklanan, perniagaan atau apa-apa tujuan promosi yang berkaitan tanpa persetujuan pelanggan.
- fadzphoto boleh menggunakan apa jua medium fotografi untuk mempotretkan detik perkahwinan pelanggan.
- Semua gambar adalah hakmilik fadzphoto dan sebarang penyiaran, penerbitan, cetakan mestilah mendapat persetujuan dari pihak fadzphoto.

 

PENYEDIAAN ALBUM & PENGHANTARAN

- Tempoh menunggu album adalah antara 20 hingga 30 hari bekerja.
- Kelewatan penghantaran akan dimaklumkan kepada pelanggan.
- fadzphoto berhak menahan penghantaran album bagi pembayaran yang belum dijelaskan.
- Penghantaran menerusi Kurier atau Pos Laju bergantung kepada keadaan semasa dan keseluruhan kos penghantaran adalah ditanggung oleh pelanggan.

______________________________________________________________________________________

 

Sila hubungi fadzphoto untuk mendapatkan maklumat lanjut
berkenaan perkhidmatan fotografi dan pakej yang disediakan.
012-6122237 - fadzil
enquiry@fadzphoto.com
Terima kasih.

 

______________________________________________________________________________________

All Rights Reserved.© All photos and content of this website Copyright 2006-2012.